Burung Botak Besar
Burung Botak Besar

Burung Botak Besar

Leptoptilus argala
Ardea dubia
Leptoptilus giganteus[2]
Argala migratoria[3]Burung Botak Besar (bahasa Inggeris: Adjutant Stork) atau juga dikenali sebagai Burung Botak Babi Besar ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia. Nama sainsnya Leptoptilos dubius.Burung Botak Besar (Leptoptilos dubius) merupakan ahli keluarga pucung ("stork"), Ciconiidae. Genusnya merangkumi burung Botak dari Asia dan Marabou Stork dari Afrika. Satu ketika pernah terdapat sepanjang selatan Asia, terutamanya di India dan menganjur ke timur Borneo, ia kini terhad kepada julat yang lebih kecil dengan hanya dua populasi membiak yang kecil; di India dengan koloni terbesar di Assam dan satu lagi di Kemboja. Populasi burung Botak Besar tersebar selepas musim membiak. Burung botak ini memiliki paruh berbentuk baji yang besar, kepala togel, dan saku leher yang jelas. Semasa siang hari, ia melayang di lapisan haba bersama-sama pemangsa yang mereka berkongsi kelakuan memakan bangkai. Ia makan terutamanya pada bangkai dan najis; bagaimanapun mereka sentiasa mengambil peluang dan kadang kala memburu vertebrates. Nama Inggeris diambil dari langkah "ketenteraan" kaku apabila berjalan di tanah. Sejumlah besar burung Botak Besar pernah mendiami Asia, tetapi bilangannya telah merosot dengan banyaknya, kemungkinan disebabkan oleh peningkatan kebersihan, sehingga pada tahap terancam. Populasi burung Botak Besar keseluruhan pada tahun 2008 dianggarkan sekitar seribu individual. Pada abad ke-19, burung Botak Besar biasa terdapat di bandar Calcutta, di mana mereka dirujuk sebagai "Calcutta Adjutant". Dikenali orang tempatan sebagai Hargila (ambilan dari perkataan Sanskrit bagi "penelan tulang") dan dianggap burung kotor, mereka biasanya tidak diganggu tetapi kadang kala diburu sebagai ubat tradisi. Burung Botak Besar dihargai sebagai pemakan bangkai, ia pernah digunakan dalam logo Korporata Perbandaran Calcutta.

Rujukan

WikiPedia: Burung Botak Besar http://elibrary.unm.edu/sora/Auk/v088n04/p0723-p07... http://www.cdc.gov/eid/content/15/3/pdfs/07-1410.p... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2681101 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19239769 http://www.phthiraptera.info/Publications/0786.pdf http://www.phthiraptera.info/Publications/0997.pdf http://birdbase.hokkaido-ies.go.jp/rdb/rdb_en/lept... http://www.archive.org/stream/BakerFbiBirds6/Baker... http://www.archive.org/stream/NLBW30_56#page/n9/mo... http://www.archive.org/stream/NLBW30_78#page/n4/mo...